Organisasi





Penaung
TN. HJ. MOHD SAID BIN HASRAN

Penasihat
EN. MAZLAN BIN MOHD SANIP

Presiden
MOHD HAFIZ BIN MUNGIN

Naib Presiden
HIDAYAH BT ABDUL LATIF

Setiausaha
SYAZANA BINTI ABDUL RAZAK

Naib Setiausaha
-
Bendahari
NORDIANA BT ANUAR

Naib Bendahari
NOR ZAHIRAH  BINTI  MOHD ZUKI

Ajk Grafik
MOHAMAD IQRAM BIN KHALID

Ajk Media
ATIQAH SYAHIRA BT AHMAD SYUKRI

Ajk Informasi
-
Ajk Publisiti
TEO BI YAN

Ajk Sosial
NURFARAH WAHIDAH BT MOHD HAMID

Ajk Keusahawanan
LOI SOOK WEI


Ajk Fotografi
ASHRAF FARHAN B. MOHD AMIN


Ajk Maktabah
NUR LIYANA BT. SHAMSUDIN


Ajk Kebajikan
NURUL HIDAYAH BT. ISNIN


Ajk Rakaman
-
....................................................................


....................................................................

Perlembagaan
.: Perlembagaan Kelab Rakan Buku TI :.




DRAF PERLEMBAGAAN RAKAN BUKU (KELAB PUSAT SUMBER)
PUSAT SUMBER DATO’ HJ. MOHD SAID


Artikel I : NAMA, TUJUAN & PENAUNG
1)    Nama: Kelab ini dinamakan Rakan Buku Temenggong Ibrahim atau disebut kelab.
2)    Tujuan: Tujuan kelab ini ditubuhkan adalah untuk menyemarakkan lagi budaya membaca di kalangan masyarakat guru pelatih di IPG Kampus Temenggong Ibrahim melalui kegiatan-kegiatan serta aktiviti anjuran kelab.
3)    Penaung: Kelab bernaung di bawah pentadbiran Pusat Sumber Dato’ Hj. Mohd Said, IPG Kampus Temenggong Ibrahim.

Artikel II : MESYUARAT
Mesyuarat kelab akan diadakan sekurang-kurangnya sebulan sekali bergantung kepada masa dan lokasi yang telah dipersetujui bersama. Untuk setiap kali mesyuarat, masa, tarikh dan lokasi mesyuarat seterusnya akan diumumkan semasa mesyuarat.
1)    Kelab boleh melantik ahli jawatankuasa baharu semasa mesyuarat Agung yang akan diadakan setiap awal tahun.
2)    Kelab boleh melululuskan bajet bagi sesi tahun berikutnya semasa mesyuarat yang diadakan pada penghujung tahun.
3)    Kelab boleh meluluskan perbelanjaan bagi tahun semasa.

Artikel III : TANGGUNGJAWAB PENASIHAT
Setiap kelab mesti mempunyai sekurangkurangnya satu penasihat.
1)    Bertanggungjawab dalam memastikan kelangsungan di dalam kelab.
2)    Membantu dalam latihan ahli jawatankuasa yang baru.
3)    Membantu secara langsung dalam perancangan menyeluruh semua program dan membantu secara tidak langsung dalam persediaan sesuatu majlis dengan menyatakan sumber-sumber rujukan tambahan.
4)    Menggalakkan pentadbiran demokratik, berhati-hati supaya tidak mendominasi kelab atau membenarkan pendominasian oleh mana-mana individu mahupun kumpulan minoriti di dalam kelab.
5)    Memberi peluang kepada setiap ahli supaya dapat mengembangkan potensi individu.
6)    Mengetahui dengan jelas terhadap semua perancangan dan aktiviti ahli menghadiri setiap mesyuarat serta konsultasi bersama ahli.
7)    Menghadiri aktiviti rasmi dan mesyuarat ahli.
8)    Meluluskan dan mengesahkan setiap perbelanjaan.
9)    Membantu jawatankuasa dalam menguruskan segala rekod serta dokumen yang diperlukan oleh pihak pentadbir seperti borang, minit mesyuarat dan penyata kewangan
10) Membantu ahli untuk meningkatkan kewangan.
11) Menginterpretasi falsafah dan polisi institut semasa membantu jawatankuasa merancang sebarang program.
12) Bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan guru pelatih semasa menjalankan aktiviti.

Artikel IV : JAWATANKUASA DAN TUGAS
Setiap ahli perlu mendapat sekurang-kurangnya 2.0 PNGK dan ahli tidak boleh memegang jawatan sekiranya digantung pengajian.
1)    Presiden
(a)  Mempengerusikan setiap mesyuarat biasa.
(b)  Berkuasa dengan peruntukan Perlembagaan serta Undang-undang
(c)  Melantik jawatankuasa.
(d)  Mewakili organisasi, jika perlu, atau boleh melatik wakil untuk tugas tersebut.
(e)  Menyusun masa dan lokasi mesyuarat.
2)    Naib Presiden
1)    Menggantikan dan menjalankan tugas Presiden semasa ketiadaan beliau.
2)    Membantu jawatankuasa dalam menjalankan tugas.
3)    Setiausaha
(a)  Merekod minit mesyuarat bagi semua perjumpaan rasmi dan menguruskan semua koresponden.
(b)  Menyusun agenda untuk semua mesyuarat rasmi.
(c)  Menghantar minit mesyuarat setiap bulan bagi tujuan semakan kepada penasihat kelab.
(d)  Menyimpan data dan senarai maklumat ahli semasa.
(e)  Sentiasa bersedian membantu ahli-ahli lain untuk menjalankan tugasan.
4)    Bendahari
(a)  Bertanggungjawab dalam menguruskan aspek kewangan Kelab.
(b)  Menyediakan bajet yang bermula tidak lebih dari RM100.00 dan meningkat tidak lebih dari 25% bagi setiap tahun, melainkan kenaikan disebabkan oleh perbelanjaan berlebihan oleh Kelab dari tahun sebelumnya.
(c)  Menghantar penyata kewangan bertaip kepada Penasihat bagi tujuan semakan.
(d)  Bertanggungjawab dalam semua aspek kewangan serta aktiviti kutipan dana.
(e)  Menghantar semua kutipan ke penasihat bagi setiap aktiviti mengumpulkan dana bagi membolehkan pendepositan dibuat kedalam akaun kelab.
(f)   Bagi aktiviti mengumpul dana yang melibatkan hari jualan melebihi satu hari deposit perlu dilakukan setiap hari.
(g)  Membiasakan diri dengan peraturan mengumpul dana yang telah ditetapkan
(h)  Membiasakan diri dengan prosedur menguruskan bajet mengikut ketetapan.

Artikel V : PEMILIHAN JAWATANKUASA DAN UNDIAN
1)    Korum ahli perlu hadir semasa pemilihan ahli jawatankuasa dan
2)    Korum perlu mengandungi sekurangk-kurangnya separuh dari keahlian semasa kelab.
3)    Semua usul perlu dibawa oleh separuh ahli yang hadir.
4)    Pemilihan Jawatankuasa akan diadakan setahun sekali. Pencalonan adalah dari kalangan ahli kelab.
5)    Semua jawatankuasa dipilih melalui undian sekuarang-kurangnya separuh dari ahli mesyuarat yang hadir ditambah satu.

Artikel VI : PERLUCUTAN JAWATAN
Ahli jawatankuasa boleh dilucutkan jawatan melalui undi majoriti di kalangan semua ahli.

Artikel VII : AHLI DAN TANGGUNGJAWAB
1)    Kelab perlu mempunyai sekurang-kurangnya 10 ahli (termasuk ahli jawatankuasa) bagi memastikan status kelab aktif.
2)    Individu akan dikekalkan keahliannya sekiranya menghadiri mesyuarat pertama kelab yang diadakan pada awal setiap tahun atau menghadiri sekurang-kurangnya 2 mesyuarat yang diadakan sepanjang tahun.
3)    Jika ahli tidak menghadiri 2 mesyuarat yang diadakan oleh kelab sebanyak dua kali berturut-turut, keahlian akan digantung seterusnya dibatalkan.
4)    Ahli perlu berperanan secara aktif dan bertanggungjawab dalam aktiviti-aktiviti kelab.
5)    Ahli perlu berusaha memperbaiki setiap aktiviti yang dijalankan.
6)    Semua ahli perlu mengetahui peranan penasihat kelab.
7)    Ahli perlu memastikan sekurang-kurangnya mendapat 2.0 PNGK bagi menjawat jawatankuasa kelab atau untuk mengambil bahagian di dalam aktiviti kelab.

Artikel VIII : KELAB TIDAK AKTIF
Kelab yang tidak aktif akan di bubarkan oleh pihak penaung (Pusat Sumber Dato’ Mohd Said) jika tiada sebarang perkembangan dan aktiviti yang dianjurkan selama satu tahun atau tiada penasihat.

Disediakan oleh:                                           Disahkan oleh:

 ..............................................                          ..............................................           
(SYAZANA BINTI ABDUL RAZAK)                   (MOHD HAFIZ BIN MUNGIN)
Setiausaha,                                                    Pengerusi,
Jawatankuasa Penaja,                                  Jawatankuasa Penaja
Kelab Rakan Buku,                                        Kelab Rakan Buku,
IPG Kampus Temenggong Ibrahim.             IPG Kampus Temenggong Ibrahim.