Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru!!


Bersempena sambutan Hari Guru, 16 Mei 2011,

KELAB RAKAN BUKU TI

mengucapkan

"SELAMAT HARI GURU!!"

kepada semua bakal-bakal guru dan
seluruh warga pendidik IPG Kampus Temenggong Ibrahim.

Jualan Pizza Domino's!



IPG KTI,16 Mei 2011 - Bersempena sambutan Hari Guru peringkat kampus yang telah diadakan di padang IPG KTI, pihak Kelab Rakan Buku TI telah mengadakan jualan pizza Domino's bagi tujuan menambah dana kelab. Sebagai pioneer project, pihak kelab telah memilih dua seleksi 'topping' yang disukai ramai iaitu Hawaiian Chicken dan Chicken Pepperoni.

Gerai jualan telah dibuka seawal jam 8.00 pagi, dimana para pelanggan yang terdiri dari guru pelatih IPG KTI telah datang berpusu-pusu untuk membeli pizza. Sehinggakan usahawan-usahawan kelab kami tidak menang tangan untuk melayan para pelanggan.

Secara keseluruhannya, sambutan terhadap jualan adalah amat memberansangkan dan diluar jangkaan dimana kesemua pizza habis dijual jam 9.15 pagi. Terima kasih kepada semua pelanggan kami. Nantikan kemunculan kami dengan produk jualan yang lebih menarik di masa akan datang. =) 



"SELAMAT HARI GURU"